ketika aku sedang duduk menunggu bas,aku terlihat sepasang pasangan kekasih yang beragama islam dan berketurunan melayu tanpa segan silu berpelukan.mereka tanpa rasa bersalah membuat sesuatu yang bercanggah dengan hukum islam.selepas melihat gelagat anak muda tersebut,tiba-tibe pandanganku melayar ke.........
aku melihat sekumpulan pelajar sekolah menengah yang masih segak berpakaian sekolah melepak sambil menghisap rokok jenama SKL strawberi duduk ngan megah tanpa rasa bersalah.
beginikah bangsaku ingin bangun,melepak di kaki lima tanpa tujuan sehingga sanggup ponteng kelas semata-mata inginkan hiburan yang tidak memberi manfaat kepada mereka pada masa akan datang.
tiba-tiba ada seirang pak cik duduk di sebelah aku sambil membaca akhbar kosmo yang menunjukkan perbalahan antara dua komponen parti yang famous di dada2 akhbar iaitu pakatan rakyat dan umno yang tiada penghujungnya.aku berfikir sejenak,jika pemimpin yang satu bangsa dan agama pun berbalah,takkanlah maju bangsa melayu ini bahkan musuh-musuh orang melayu bertepuk tangan melihat gelagat mereka yang seperti kebudakkan..
akhirnya bas yang aku tunggu pun tiba,aku pun pulang ke kampung dengan perasaan yang kecewa kerana jika gejala ini berterusan maka akan hancurlah bangsaku ini...
yaALLAH selamatkanlah mereka ini,berikanlah mereka rahmat hidayahmu...
Sabtu, 28 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan